Search This Blog

Wednesday 30 November 2011

Doa-doa murahkan rezeki menurut hadith yang sahih.


الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِواكَ

Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupilah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau. – Shahih Sunan at-Tirmidzi.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kesusahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, (sikap) kedekut, (sikap) pengecut, lilitan hutang dan dikuasai oleh orang lain. - Shahih al-Bukhari, hadis no: 6363.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ.

Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah neraka dan azab neraka, fitnah kubur dan azab kubur, keburukan fitnah kekayaan dan keburukan fitnah kefakiran. – Shahih al-Bukhari, hadis no: 6377.

اللَّهُمَّ قَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ وَاخْلُفْ عَلَى كُلِّ غَائِبَةٍ لِيْ بِخَيْرٍ

Ya Allah! Berilah aku perasaan puas terhadap apa yang Engkau telah rezekikan kepadaku, berkatilah aku padanya dan gantikanlah ke atas setiap yang hilang daripadaku dengan yang lebih baik. - al-Mustadrak al-Hakim, hadis no: 3360.

11 GOLONGAN AHLI NERAKA

11 GOLONGAN AHLI NERAKA

Firman Allah SWT dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
...
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda.

Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

Wednesday 23 November 2011

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA

Dengarlah pesanan ini :

1. Janganlah kamu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kamu berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kamu dengannya sekadar saja, kelak mungkin 'si dia' bukan jodoh untukmu.

3. Jika kamu ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kamu berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika kamu menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kamu lihat, yang kamu lalui sebelum berkahwin hanyalah palsu semata, hakikatnya kemanisan cinta hanya dapat dirasai setelah kamu diijabkabulkan.

6. Jika kamu inginkan pasangan yang terbaik, maka kamu perlu menjadi yang terbaik terlebih dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu saja mengenai 'si dia'.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga kamu benar-benar yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu menguasai cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu satu persatu sehingga kamu kembali bertaubat, nauzubillah

Nak jadi wanita solehah memang mudah

Untuk sesiapa yang berkehendakkannya tetapi bagi yang tidak mahu menerimanya lagi memang terasa susah. Moga orang yang berasa susah itu sedar dan berusaha ke arah yang sepatutnya.

Ini khas untuk para Hawa: Pastinya…CUN HABIS-HABISsssannn

Ini ada beberapa tips kecantikan yang diidamkan dan disuruh dalam Islam…
Harap kalau tak boleh berubah terus tapi boleh berusaha sedikit demi sedikit. Insya Allah berjaya...

Kalau nak nampak manis saya cadangkan anda gunalah lipsticks pada bibir anda dengan 'senyuman dan kejujuran'.

Untuk merahkan pipi anda gunakan kosmetik yang diperbuat daripada 'rasa malu yang dilakukan di salon kecantikan iman'.

Untuk hiasan tangan dan jari tak payah beli gelang atau cincin yang mahal yang perlu pakai duit tetapi hanya menggunakan 'gelang tawaduk dan cincin ukhwah' pasti nampak lebih menarik.

Manakala untuk hiasan mata bagi menampakkan wajah anda bening dan jernih mesti
'kerap menundukkan pandangan mata' ketika berbual atau bercakap utamanya yang bukan mahram

Bukan setakat tu je rawatlah rambut anda dengan 'selendang Islamiah' yang akan menghilangkan 'kelemumur pandangan lelaki bukan ajnabi mahu pun berhidung belang'

Perempuan kalau tak pakai rantai atau kalung mesti tak sempurna punya... apakata kita pakat pakai kalung atau rantai yang diperbuat daripada emas 'kesucian dan ketakwaan'. Mesti sempurna dan berseri punyalah.

Memandanga pencuci muka sekarang banyak brand dan banyak keistimewaan hingga keliru nak buat pilihan apakata cucilah wajah anda dengan 'air sembahyang' agar wajah kelihatan lebih 'bercahaya' di akhirat.

Macam tu juga dengan sabun, sabun paling baik punya adalah 'sabun istighfar' yang akan menghilangkan dosa-dosa dan kesalahan yang telah kita tersalah ambil atau sengaja atau tercuba hingga merosakkan diri kita.

Jadikan 'sifat malu sebagai pakaian', nescaya orang lain tidak akan melihat aib dan cela pada diri anda selain pakaian yang menutup aurat

Dalam 'touch up situ touch up sana' kena jagalah kesucian diri sepanjang masa agar tidak terjerumus ke lembah fitnah yang lebih besar dan dalam.

Jadi mulai hari ini kita jangan lagi 'booking tiket' untuk ke neraka.
Tapi ' bookinglah tiket untuk ke syurga lagi BEST...
Insya Allah moga kita dalam REDHANYA..

Wanita Solehah

Dari jauh ku melihat gerak gerimu;
Tunduk memandang bumi;
Terselindung di sebalik hijabmu;
Wajah yang penuh nur;
Yang sentiasa mengingati mati;
Yang mencintai mati;
Yang mencintai Allah SWT dan Rasul;
Yang takut azab Allah SWT;
Kau ibarat permata berharga;
Di gilap,di balut,dan di simpan rapi;
Wahai wanita solehah, jauh di sudut hatiku;
Aku bangga dengan imanmu;
Taqwamu,akhlakmu,amalanmu;
Jua perjuanganmu menegakkan;
Kesucian syariat yang telah di tetapkan Allah SWT;
Wahai wanita solehah, Kau pertahankan hijabmu;
Walau dunia memandang hina;
Tetapi Allah SWT melihatmu dengan penuh bangga;
Akhlakmu kau pelihara, maruahmu rapi di jaga;
Tutur katamu melambangkan sifat keibuan yang sejati;
Apabila bertemu dengan muhrimmu;
Kau tunduk memandang bumi;
Mengingatkanku;
pada-Nya;

ALHAMDULILLAH…SYUKUR ATAS SEGALA NIKMATMU YA ALLAH

Alhamdulillah…saya dilahirkan sebagai seorang Islam…
Alhamdulillah…saya dijadikan sebahagian dari umat Muhammad..kekasih Allah..
Alhamdulillah…saya dihidupkan sebagai mukminah…
... Alhamdulillah…saya hidup sederhana…cukup segala-galanya…
Alhamdulillah…saya diberi akal fikiran untuk mengenal dosa dan pahala..dan untuk mencari ilmu..
Alhamdulillah…saya masih punyai ayah,ibu dan adik bradik..malah saudara-mara dan sahabat-sahabat..serta jiran dan masyarakat yang baik denganku..
Alhamdulillah…saya masih dipinjamkan nafas dan kesihatan yang baik untuk beramal ibadah..
Alhamdulillah…saya masih diberi nikmat,tak terkira nikmatnya..
Alhamdulillah…saya…masih saya…dan saya berharap dan berdoa..semoga Allah tetapkan saya di
jalan-Nya..jauhi saya dari menjadi hamba-NYA yang tamak dan tidak menghargai nikmat-NYA..
Alhamdulillah…untuk segala-galanya Kekasihku Allahu Rabbi.. Alhamdulillah..

Saya ucapkan alhamdulillah…anda? Berapa banyak yang anda perlukan lagi? Masih tidak cukup kah segala nikmat yang Allah berikan pada kita selama ini? Latih diri anda dengan sifat qanaah..insyaAllah..anda tiada lagi rasa kekurangan malah merasa sentiasa cukup dan bersyukur dengan nikmat Allah ini..

Tak tertulis saya akan nikmat-nikmat yang Allah berikan pada saya..terlampau banyak..malah jika diambil dakwat sebanyak lautan sekali pun..takkan tertulis akan nikmat-nikmat yang Allah berikan pada kita..terlampau banyak..masih tidakkah kita merasa cukup?masih tidakkah kita merasa bersyukur? Latih diri dengan mengucapkan..ALHAMDULILLAH..dengan seikhlas hati..insyaAllah..jiwa kita tenang dan sifat qanaah menyusup masuk ke dalam hati dan jiwa anda..

Subhanallah…Alhamdulillah…Allahuakhbar..

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Adakah Kita Lupa???

Umat Islam pernah menjadi pemimpin dunia pada satu masa dahulu, selama 1300 tahun di bawah negara yang bergelar Daulah Khilafah. Daulah Khilafah ini telah dipimpin oleh para Khulafa’ Ar-Rasyidin, para Khalifah ‘Abbasiyyah, Umayyah, dan ‘Uthmaniyyah. Daulah Khilafah ini telah dihancurkan pada tahun 1924 oleh pengkhianat Mustafa Kamal la’natullah ‘alaih dengan bantuan penjajah kuffar British dan pemberontak raja Arab Saudi. Mulai daripada tanggal keruntuhan Daulah Khilafah itulah, umat Islam dipecahkan menjadi 57 buah negara yang kecil dan dihadiahkan kemerdekaan yang palsu sehingga masing-masing berbangga dengan negara mereka yang kecil dan lemah. Ketika umat Islam telah hilang kesatuan mereka itulah kuffar menceroboh masuk ke tanah Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir dan banyak lagi tempat kerana mereka tahu bahawa kaum muslimin tidak akan pernah membantu antara satu sama lain. Kerana apa? Kerana mereka telah hilangnya kepimpinan tertinggi Islam, iaitu Daulah Khilafah. Sebuah Negara yang akan menerapkan hukum-hukum serta undang-undang Islam, dan bukan lagi demokrasi, sebuah negara yang akan melindungi harta, darah, dan nyawa umat Islam! Sudah tiba masanya umat Islam menggiatkan da'wah agar dapat meraih amalan dan kepimpinan tertinggi! Sampai bilakah umat Islam akan terus tertindas? Sampai umat Islam bangkit, untuk berjuang bersama-sama menegakkan kepimpinan tertinggi umat Islam, iaitu Daulah Khilafah yang akan menerapkan syariat Islam. AllahuAkbar!

Sunday 20 November 2011

DOA ANTARA SUJUD.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Renung2 kan, selamat beramal..
Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah tuhan yang
tidak ternilai dan amanah Allah S.W.T. kepada setiap ibu bapa agar anak tersebut
menjadi insan yang berguna dan berbudi pekerti dengan akhlak yang mulia. Ibu
bapa merupakan insan yang bertanggungjawab mendidik, memelihara, mengasuh,
memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Anak ibarat kain putih
yang boleh dicorakkan pelbagai warna oleh ibu bapa mereka. Sesungguhnya di
tangan ibu bapalah terletaknya corak masa depan anak-anak kerana mereka
diamanahkan dengan tanggungjawab ini. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari).

Thursday 17 November 2011

Ibn Khaldun

Sebagaimana diketahui bahawa Ibn Khaldun merupakan salah seorang ulama
besar yang dihormati, sehingga kemasyhuran beliau sentiasa bersinar di setiap
zaman, sehingga sekarang ramai orang yang menaruh perhatian terhadap idea dan pemikirannya. Beliau terkenal sebagai ahli sejarah yang bijaksana, ahli ekonomi dan perancang pendidikan dalam memakmurkan masyarakat sebagaimana ditulis dalam kitab Muqaddimahnya. Disebabkan oleh keahliannya, beliau dipandang bagaikan bintang yang bersinar dalam kegelapan pada zamannya, meskipun beberapa ketentuan perundangan yang berkaitan dengan kekuasaan politik kerajaan yang zalim tidak lagi sesuai dengan sistem perundangan masa kini.Bagaimanapun, beliau tetap dipandang sebagai seorang ‘alim yang memiliki keperibadian unggul dan cemerlang fikirannya, sebab beliau banyak menggunakan idea-idea yang tidak dapat dibantah, berwatak asli yang pantas dijadikan teladan.
       Beliau juga memiliki kecerdasan tinggi, berpandangan luas dalam menganalisis pelbagai peristiwa yang terjadi semasa hidupnya. Sehingga seluruh gejala dari peristiwa tersebut dapat beliau jawab melalui pemikiran yang kreatif, dengan menetapkan hukum-hukum secara logik dan didukung oleh fakta-fakta yang lengkap, dan sahih.                                                                                                                                                                                                                                                  Nama beliau ialah Waly al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun al-Maliki al-Hadrami, dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadan 732 H / 27 Mei 1332 M, dan beliau meninggal dunia pada 26 Ramadan 808 H / 18 Mac 1406 M di Kaherah. Kawasan Khalduniyah di Tunisia masih ada sekarang hampir-hampir tidak berubah,dengan rumah yang dipercayai tempat kelahirannya. Keluarga Ibn Khaldun telah berpindah ke Tunisia dimana Ibn
Khaldun dilahirkan, dan juga beliau mendapat pendidikan awalnya.1
Beliau sangat bijak dalam bidang kemasyarakatan terutamanya bidang sosiologi.Selain daripada itu beliau menguasai al-Qur’an, Matematik dan Sejarah. Baginya yang penting adalah menghubungkan pemikiran sosiologi dengan pemerhatian sejarah. Kajian masyarakat menurut pandangannya merupakan, “bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya yang tersendiri yakni tamadun manusia dan organisasi sosialnya. Ia juga memiliki permasalahannya yang tersendiri, iaitu
menerangkan secara tersusun akan gejala-gejala yang ada hubungannya dengan hakikat tamadun, sama ada ia berbentuk konvensional ataupun intelektual”. Ibn Khaldun berpandangan bahawa manusia sebagai makhluk berfikir, dengan kemampuannya dapat memetik dan memahami hal-hal yang berada di luar dirinya.Pada mulanya, kemampuan itu masih berbentuk potensi. Dia menjadi aktual
(mencapai suatu titik perkembangan) melalui al-ta‘lim3 (pendidikan) dan al-riyadat(latihan) yang sesuai dengan gerak perkembangan fizikal dan mentalnya4. Atas dasar inilah, pengaruh dunia luar terprogram dan dapat mengoptimalkan potensi manusia ke arah yang lebih sempurna.