Search This Blog

Thursday 17 November 2011

Ibn Khaldun

Sebagaimana diketahui bahawa Ibn Khaldun merupakan salah seorang ulama
besar yang dihormati, sehingga kemasyhuran beliau sentiasa bersinar di setiap
zaman, sehingga sekarang ramai orang yang menaruh perhatian terhadap idea dan pemikirannya. Beliau terkenal sebagai ahli sejarah yang bijaksana, ahli ekonomi dan perancang pendidikan dalam memakmurkan masyarakat sebagaimana ditulis dalam kitab Muqaddimahnya. Disebabkan oleh keahliannya, beliau dipandang bagaikan bintang yang bersinar dalam kegelapan pada zamannya, meskipun beberapa ketentuan perundangan yang berkaitan dengan kekuasaan politik kerajaan yang zalim tidak lagi sesuai dengan sistem perundangan masa kini.Bagaimanapun, beliau tetap dipandang sebagai seorang ‘alim yang memiliki keperibadian unggul dan cemerlang fikirannya, sebab beliau banyak menggunakan idea-idea yang tidak dapat dibantah, berwatak asli yang pantas dijadikan teladan.
       Beliau juga memiliki kecerdasan tinggi, berpandangan luas dalam menganalisis pelbagai peristiwa yang terjadi semasa hidupnya. Sehingga seluruh gejala dari peristiwa tersebut dapat beliau jawab melalui pemikiran yang kreatif, dengan menetapkan hukum-hukum secara logik dan didukung oleh fakta-fakta yang lengkap, dan sahih.                                                                                                                                                                                                                                                  Nama beliau ialah Waly al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun al-Maliki al-Hadrami, dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadan 732 H / 27 Mei 1332 M, dan beliau meninggal dunia pada 26 Ramadan 808 H / 18 Mac 1406 M di Kaherah. Kawasan Khalduniyah di Tunisia masih ada sekarang hampir-hampir tidak berubah,dengan rumah yang dipercayai tempat kelahirannya. Keluarga Ibn Khaldun telah berpindah ke Tunisia dimana Ibn
Khaldun dilahirkan, dan juga beliau mendapat pendidikan awalnya.1
Beliau sangat bijak dalam bidang kemasyarakatan terutamanya bidang sosiologi.Selain daripada itu beliau menguasai al-Qur’an, Matematik dan Sejarah. Baginya yang penting adalah menghubungkan pemikiran sosiologi dengan pemerhatian sejarah. Kajian masyarakat menurut pandangannya merupakan, “bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya yang tersendiri yakni tamadun manusia dan organisasi sosialnya. Ia juga memiliki permasalahannya yang tersendiri, iaitu
menerangkan secara tersusun akan gejala-gejala yang ada hubungannya dengan hakikat tamadun, sama ada ia berbentuk konvensional ataupun intelektual”. Ibn Khaldun berpandangan bahawa manusia sebagai makhluk berfikir, dengan kemampuannya dapat memetik dan memahami hal-hal yang berada di luar dirinya.Pada mulanya, kemampuan itu masih berbentuk potensi. Dia menjadi aktual
(mencapai suatu titik perkembangan) melalui al-ta‘lim3 (pendidikan) dan al-riyadat(latihan) yang sesuai dengan gerak perkembangan fizikal dan mentalnya4. Atas dasar inilah, pengaruh dunia luar terprogram dan dapat mengoptimalkan potensi manusia ke arah yang lebih sempurna.

No comments:

Post a Comment